SAPS- Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS merupakan singkatan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Ianya merupakan satu sistem aplikasi atas talian yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Antara individu yang memerlukan SAPS ini adalah;

  • Guru Kelas
  • Guru Mata Pelajaran
  • Setiausaha Peperiksaan (SUP)
  • Ibu Bapa

Guru Kelas, Guru mata pelajaran dan Setiausaha peperiksaan boleh memuat turun panduan di sini.


saps ibu bapa

Bagi Ibu bapa, SAPS diperlukan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak pelajar. Keputusan peperiksaan sekolah rendah mulai darjah 1 hingga darjah 6 boleh terus diakses melalui aplikasi SAPS ini. begitu juga dengan sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Untuk mengakses SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, ibu bapa bolehlah melayari laman web berikut;


- Masukkan no kad pengenalan atau no sijil lahir dan klik semak.
- Tick bahagian sekolah menengah atau sekolah rendah, dan tentukan tahun peperiksaan yang ingin dilihat.

Semoga SAPS - Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah ini dapat membantu ibu bapa memantau prestasi akademi pelajar.

0 comment... add one now