Semakan Keputusan UPSR, PT3, dan SPM Melalui SAPS

Semak keputusan UPSR, PT3, dan SPM melalui SAPS. Persoalannya, bolehkah ibu bapa atau pelajar mengakses keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM melalui sistem SAPS?
saps dan spm pt3, upsr

Pihak kementerian telah mengeluarkan pengumuman seperti berikut:

Dimaklumkan bahawa KEPUTUSAN bagi Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tidak dipaparkan di SAPS. Dimohon pihak yang berkenaan untuk rujuk di sekolah masing-masing atau di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sekian, terima kasih. 

Ini bermakna, keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah SAPS. Keputusan peperiksaan berikut hanya boleh disemak melalui cara lain iaitu datang ke sekolah masing-masing ataupun melalui SMS (Jika ada, akan diumumkan).

0 comment... add one now