Semakan Keputusan PT3 2016 Online

Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 kini boleh mula disemak mengikut tarikh yang telah diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semakan keputusan PT3 2016 kini boleh mula disemak pada 19 Disember 2016 bersamaan hari isnin.
semakan keputusan pt3 2016 online

Semakan Keputusan PT3 2016

Semakan keputusan PT3 2016 boleh dilakukan dengan mengunjungi sekolah pada tarikh 19 Disember 2016. Para pelajar dikehendaki memakai pakaian kemas ketika mengambil keputusan PT3 2016. 

Berkenaan semakan keputusan secara online. Pihak KPM masih belum mengumumkan cara semakan melalui online. Jika terdapat pautan yang disediakan oleh KPM, kami akan mengemaskini di sini.

Begitu juga dengan semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS), ianya masih belum tersedia.

Rayuan Semakan Semula PT3

Jika pelajar merasa kurang berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi, para pelajar boleh memohon untuk membuat semakan semula kertas jawapan. Hal ini boleh dilakukan dengan terus menghubungi pihak sekolah.

Selamat membuat semakan keputusan PT3 2016. Semoga anda mendapat keputusan yang baik.

0 comment... add one now